السلام
عليكم
الحَمْدُ
للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ
فَيَا
عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ
حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu
kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan
dalam keadaan Islam.
Saya
menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama
meningkatkan ketaqwaan kita kepada
Allah dengan melakukan segala
suruhanNya dan menjauhi segala
yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati
sekalian
فرمان
الله تعالى دالم أية
81-82 سورةالإسراء
:
وقل جاء
الحق وزهق الباطل إن البطل كان زهوقا وننزل من القرءان ما هو شفاء ورحمة للمؤمنين
ولايزيد الظـلمين إلا خسارا
Maksudnya : Dan katakanlah : “ Yang benar telah datang dan
yang batil telah lenyap”. Sesungguhnya kebatilan itu adalah sesuatu yang pasti
lenyap. Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar
bagi orang-orang beriman. Dan a-Quran itu tidaklah menambah kepada mereka yang
zalim selain daripada kerugian.
Kini
kita berada di dalam sepuluh terakhir Ramadhan di mana melalui beberapa hadis
nabi s.a.w telah memberitahu kita bagaimana pada salah satu malamnya akan
dianugerahkan malam al-Qadar yang mempunyai keistimewaan besar yang melebihi
seribu bulan yang lain. Peluang dan tawaran yang terbuka luas ini hendaklah
direbut bagi menunjukkan bahawa kita merupakan hamba Allah yang sentiasa
berlumba-lumba dalam menambah bekalan akhirat. Marilah kita sama-sama
menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir Ramadhan ini dengan melipat-gandakan
segala amalan soleh seperti berzikir, solat sunat, membaca al-Quran, iktikaf,
qiamullail dan sebagainya disamping meninggalkan sebarang perbuatan maksiat.
Gunakanlah peluang yang masih ada dalam memperbaiki kadar dan mutu ibadat
sehingga kita mampu lahir sebagai hamba yang bertaqwa yang sentiasa berlumba-lumba
menambahkan bekalan akhirat. Jangan biarkan masjid dan surau bertambah kurang
bilangan ahli jemaahnya apabila masuknya sepuluh terakhir Ramadhan kerana
masing-masing terlalu sibuk dengan aktiviti membeli-belah dan persiapan
menyambut hari raya. Sepatutnya kita mesti semakin memperbanyakkan lagi amalan
sunat setelah masuknya sepuluh malam terakhir Ramadhan agar kita tergolong
dalam golongan yang dicintai oleh Allah kerana sentiasa mencari-cari Lailatul
qadar yang merupakan suatu malam yang berlipat ganda pahala di mana ia tidak
pernah dianugerahkan kepada umat yang lain.
Siti 'Aisyah telah berkata : Adalah nabi S.A.W apabila telah masuk sepuluh malam
terakhir akan bertambah kerap baginda S.A.W menjauhi isteri, menghidupkan malamnya
dan mengejutkan ahli keluarganya.
Sidang Jumaat
yang berkati Allah,
Sesuai
dengan kedatangan Ramadhan yang mengingatkan kita bagaimana pada bulan inilah
wahyu pertama daripada Allah telah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w melalui
malaikat Jibril ketika baginda sedang bermunajat di gua Hira’. Oleh itu
gunakanlah hari-hari terakhir Ramadhan ini untuk lebih memperbanyakkan lagi
bacaan al-Quran. Disamping kita membaca al-Quran untuk mendapatkan fadhilat dan
pahala yang dijanjikan oleh Allah maka kita juga mesti cuba memahami isi kandungan ayat al-Quran bagi sama-sama diamalkan dalam kehidupan
seharian. Al-Quran yang
disifatkan sebagai ubat penawar yang mampu mengubati kekosongan jiwa disamping
ia mampu mengubati segala masalah manusia apabila kita mampu menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup yang diamalkan segala sistem yang telah
diberitahu oleh al-Quran. Penurunan al-Quran bukanlah semata-mata untuk dibaca
tetapi menuntut kepada pengamalan terhadap segala isi kandungannya sehingga
dunia ini mampu ditadbir dengan sebaiknya berasaskan wahyu bukannya mengikut
hawa nafsu yang sudah pastinya akan menggugat keamanan dunia.
Wahyu
pertama yang diturunkan melalui surah al-‘Alaq menekankan kepada kita bagaimana
pentingnya ilmu pengetahuan. Al-Quran turut menekankan bagaimana ilmu yang
diperolehi mestilah diamalkan bagi menjamin proses ibadat khusus dan pengurusan
pentadbiran kepada kehidupan seharian dapat berjalan dengan baik. Umat Islam
pernah mencapai zaman kegemilangannya apabila seluruh pergerakan dan pengamalan
mereka berdasarkan ilmu yang disuluhi dengan cahaya wahyu sedangkan pada waktu
itu dunia barat masih berada dalam kegelapan ilmu pengetahuan. Kemasukan Islam
ke barat terutama dengan penawanan Sepanyol di bawah tentera Islam yang
diketuai oleh Toriq bin Ziyad telah membolehkan dunia barat turut berkembang
maju berasaskan ilmu. Cuma setelah kejatuhan Khilafah Uthmaniah 1924 yang
berpusat di Turki disebabkan perpecahan di kalangan umat Islam sendiri yang
termakan racun yang ditaburkan oleh musuh Islam telah menyebabkan dunia Islam
semakin ketinggalan dari segi kemajuan material dan kadang-kadang pembangunan
insan turut tergugat disebabkan umat Islam meninggalkan ajaran al-Quran yang
menyeluruh.
Sidang Jumaat
yang dihormati sekalian,
Jika
pada zaman kegemilangan Islam kita dapat lihat bagaimana Islam menjadi tempat
bergantung dan rujukan kepada perkembangan tamadun lain tetapi kini umat Islam
sendiri terpaksa memohon belas ihsan daripada barat untuk turut membangunan
tamadun mereka yang kebanyakannya mengikut hampir seratus peratus cara barat
yang menyebabkan kita terus ketinggalan malah terpaksa menjadi kuli kepada
teknologi mereka. Akhirnya negara umat Islam tidak mampu berdikari dan terpaksa
tunduk kepada barat. Ini semua membawa kepada kerugian yang begitu besar kerana
barat mampu menguasai seluruh negara umat Islam yang tidak mempunyai pakar yang
mampu menggerakkan kemajuan teknologi yang mereka cedok dari barat. Malah
negara umat Islam turut menghadapi masalah sosial yang begitu berat kerana turut
terikut dengan gaya hidup bebas yang diamalkan di barat sehingga pembangunan
insan yang sepatutnya ditekankan mula terabai. Akhirnya umat Islam menjadi umat
yang ketinggalan dari sudut kemajuan material dan turut gagal dari segi
pembangunan insan.
Kita
lihat bagaimana barat telah mengambil hampir kesemua ilmu pengetahuan yang
asalnya telah dihidupkan oleh umat Islam silam untuk membangunkan tamadun mereka. Tetapi sayangnya ilmu pengetahuan yang diambil telah dibuang roh
Islamnya sehingga kemajuan material yang dibina oleh barat tidak dapat membantu
mereka untuk turut membina pembangunan insan yang bersepadu. Akhirnya kemajuan
tekonologi barat digunakan sewenang-wenangnya untuk pengekalan kuasa dan
mencari harta kekayaan daripada negara-negara yang lemah. Ini menyebabkan dunia
hari ini dapat melihat penindasanan kezaliman berleluasa di mana-mana. Perasaan
kemanusiaan telah lama hilang ditelan oleh nafsu buas yang tidak pernah puas
menghisap darah dan keringat manusia yang lemah. Oleh itu di dalam mengembalikan
semula keamanan dunia serta mengembalikan tamadun yang selari antara material
dan kemanusiaan maka umat Islam mesti kembali kepada al-Quran. Kita mesti
memastikan keseluruhan ajaran al-Quran dapat dilaksanakan dibumi yang nyata
sehingga kita mampu kembali menjadi umat yang mulia dan maju.
Sidang Jumaat
yang dihormati sekalian,
Umat
Islam bagaikan anak ayam kehilangan ibu apabila hilangnya sistem khilafah. Umat
Islam bagaikan kehilangan tempat bergantung untuk mengadu segala masalah yang
dihadapi. Kita merayu kepada kuffar musuh yang sentiasa berusaha membaham kita
sedangkan dalam masa yang sama kita gagal untuk mendapat bantuan daripada
negara-negara umat Islam sendiri yang berpecah dan lemah kerana meninggalkan
ajaran al-Quran yang menyeluruh. Kita dapat lihat pada hari ini bagaimana
penderitaan umat Islam di Palestin terus berlaku malah tekanan yahudi pada
akhir-akhir ini semakin jelas dan nyata. Dunia barat sentiasa membisu malah
membantu usaha yahudi untuk menakluki bumi Palestin untuk dijadikan pusat
pentadbiran Zionis Dunia. Masjid al-Aqsa terus menjadi sasaran utama untuk
dirobohkan bagi diganti dengan Haikal Sulaiman yang didakwa milik yahudi
sedangkan itu semua merupakan milik umat Islam yang mesti dipertahankan
sehingga ke titisan darah yang terakhir. Perjanjian damai yang dibuat tidak
lebih daripada usaha untuk memudahkan penyerahan bumi Palestin kepada yahudi
dan juga untuk memberi kebenaran kepada yahudi untuk menyembelih umat Islam
sesuka hati. Begitu juga penderitaan umat Islam di Afghanistan yang terus
berlaku di mana barat menggunakan kemajuan teknologi yang ada untuk meratah
tubuh umat yang tidak bersalah. Malah perjanjian di dalam membentuk kerajaan
sementara di Afghanistan yang telah dibuat di Bonn, Jerman akan menambahkan
lagi penghinaan terhadap umat Islam. Barat akan cuba menyedut sebanyak mungkin
hasil minyak dan galian lain di Afghanistan untuk kepentingan mereka terutama
dalam membayar kos bom dan senjata yang dijatuhkan di Afghanistan dalam
serangan yang tidak bermaruah. Di sini kita dapat saksikan bagaimana umat Islam
dihina begitu rupa di mana tanahair mereka dicerobohi, rakyat dibunuh kini
mereka terpaksa pula membayar balik kos kekejaman itu dengan hasil dari negara
mereka sendiri. Oleh itu kembalikan semula kemuliaan umat Islam dengan
sama-sama kita kembali kepada seluruh ajaran al-Quran. Islamlah nescaya kita
akan selamat dan mulia di dunia dan akhirat.
Renungilah Firman Allah dalam surah
al-Qadar:
إنا
أنزلنـه في ليلة القدر وما أدرئك ما ليلة القدر ليلة القدر خير من ألف شهر تنزل
الملئكة والروح فيها بإذن ربهم من كل أمر سلم هي حتى مطلع الفجر
Maksudnya :
Sesungguhnya Kami
telah menurunkannya (al-Quran) pada malam lailatul Qadar. Dan tahukah kamu
apakah lailatul Qadar itu? . Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka
untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbitnya
fajar
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ
تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ
العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ
وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ
وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْن
Khutbah
kedua
الحَمْدُ
ِللهِ الَّذِى تَتِمُّ الصَّالِحَاتِ
, وَأَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ عَلى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ
أَمَّا
بَعْدُ فَيَا أَيُّهَا المُؤْمِنُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ
بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
قال
الله تعالى : إذا جآء نصر الله والفتح ورأيت الناس يدخلون فى دين الله أفواجا فسبح
بحمد ربك واستغفره إنه كان توابا
إِنَّ
اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِيِّ يَاأَيُّهَااَّلذِيْنَ آمَنُوْ
ا صَلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وعلى آلِ
سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ
سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ فِي العَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
اللّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ
الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
وَقَاضِيَ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ
وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَليرحمناا,
اللّهُمَّ انصر المجاهدين الذين يجاهدون في سبيلك في كل زمان ومكان , اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ
وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ
وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ
المُؤْمِنِيْنَ يَرْحَمُنَا اللّهُمَّ اجعلنا في هذا الشهر من السعداء المقبولين
ولاتجعلنا اللّهُمَّ من الأشقياء المردودين اللّهُمَّ إنك عفو كريم تحب العفو فاعف
عنا, رَبَّنَا لاتُزِغْ
قُلُوْبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ
أَنْتَ الوَهَّاب رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ
حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
عِبَادَ
اللهِ ! إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالعَدْلِ وَالإ حْسَانِ وَاِيْتَآءِ ذِيْ القُرْبَى
وَيَنْهَى عَنِ الفَحْشَاءِ وَالمُنْكَرِ وَالبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَذَكَّرُوْنَ فَاذْكُرُوْا اللهَ العَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا عَلَى
نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكَمْ وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُوْنَ